Lebih melucukan, laporan akhbar melaporkan ‘amoi’ tersebut kemudiannya membuat laporan polis kerana khuatir tentang keselamatan diri selepas teruk dikecam dalam media sosial dan mukanya disebar secara meluas ke seluruh dunia.

Ironinya, perbuatan itu sudah banyak kali ditegur dalam dunia siber tetapi nampaknya masih ada manusia seperti ‘amoi’ ini yang tidak faham tindakan itu tidak bermoral malah melanggar undang-undang.

Apa pun, saya cuma boleh tergelak membaca perkembangan kisah ini tetapi berharap rakyat Malaysia mengambil iktibar dan jangan ada lagi yang melakukan perkara sama selepas ini.

Buruk sangat perangai, akhirnya sendiri malu dan aibkan keluarga.

Kepada pengguna lain, sekiranya ada lagi kes serupa ambil tindakan serupa seperti mangsa yang merakam dan menyebarkan muka individu yang ‘berlagak samseng’ semata-mata untuk berebut parkir.

Kadangkala kita perlukan ‘undang-undang rimba’ untuk mengajar orang-orang yang memang kurang ajar ini.

Saya juga berharap pengguna merakam dan sebarkan muka golongan pemandu yang ‘mencuri’ atau menghalang parkir orang kurang upaya (OKU).

Ambil pendekatan name and shame Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendedahkan perbuatan, muka mahu pun nama pelaku.

Kita tidak perlukan manusia sebegini sebagai rakyat Malaysia.

ADIWIRA SENJU

Petaling Jaya