Rumah kami di sini sering menjadi mangsa pencerobohan tikus. Pernah saya tinggalkan rumah selama seminggu dan apabila balik najis tikus bersepah-sepah. Saya tidak pasti berapa ekor tikus yang masuk sepanjang saya tiada di rumah.

Saya khuatir jika masalah ini tidak diatasi, kemungkinan ada antara penduduk yang terkena jangkitan kencing tikus (leptospirosis). Amatlah saya harapkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menghapuskan tikus-tikus ini demi kesejahteraan kami semua.

MAT P

Kuala Lumpur.