Sekarang ini bertambah banyak lori seperti dalam gambar ini guna ekzos ubah suai dan mengeluarkan bunyi kuat, ditambah dengan perangai biadab pemandu yang sengaja kuatkan bunyi apabila lori sampai betul-betul di kawasan rumah penduduk. Bunyi kuat itu sampai menggegarkan kediaman. Kehidupan kami sangat terseksa setiap hari apabila berdepan bunyi bising,

Kami mohon sangat pihak berkuasa ambil tindakan segera.

IMLAN

Baling, Kedah