Namun, saya lihat penyokong-penyokong mereka malah anggota Kabinet sendiri begitu galak menyerang agensi dan badan Melayu Islam seperti Jakim dan UiTM malah mungkin Tabung Haji, Felda dan banyak lagi bakal menyusul.

Suka saya ingatkan anggota Kabinet mahupun penyokong mereka, Malaysia masih negara majoriti Melayu dan Islam. Jangan dijolok sarang tebuan kerana sokongan peti undi tidak bermakna pemimpin politik bukan Melayu boleh buat sesuka hari.

Jika tersilap langkah dan tutur kata, mandat lima tahun pun mungkin tidak dapat bertahan, apatah lagi angan-angan mahu memerintah selama-lamanya. Jangan sampai diketawakan dunia jika janji 100 hari tidak dapat ditunaikan akhirnya menjadi mandat 100 hari sebelum digulingkan.

KOMAN SPANAR

Kulim, Kedah