Sidang kali ini juga nampaknya kejadian yang sama berulang apabila ahli Parlimen kerajaan juga banyak yang tidak hadir ketika sesi perbahasan.

Apakah agaknya yang bermain difikiran ahli Parlimen kerajaan kerana kerusi mereka adalah atas undi rakyat.

Apakah ahli Parlimen kerajaan terlalu sibuk?

Apakah ahli Parlimen kerajaan tidak melihat kepentingan Parlimen sedangkan agenda merefomasikan Parlimen adalah agenda besar yang mahu mereka bawakan sebelum PRU-14.

Melihatkan situasi ini, hasrat untuk menjadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia mungkin tidak kesampaian apabila ada wakil kerajaan tidak hadir dalam Dewan Rakyat.

USU HAT

Kuala lumpur