Dengan membaca, seseorang akan mendapat ilmu yang pelbagai bersandarkan bahan bacaan tertentu. Dan sudah tentunya ibu bapa akan melengkapkan diri dalam memastikan anak-anak mereka dipupuk dengan sikap minat membaca.

MEMUPUK sikap minat membaca agak sukar tetapi jika dijadikan amalan dalam keluarga, ia mampu berlang
MEMUPUK sikap minat membaca agak sukar tetapi jika dijadikan amalan dalam keluarga, ia mampu berlang 

Inilah pengorbanan besar dan menjadi lebih mencabar dengan ledakan teknologi maklumat dan hiburan yang menjadi saingan.

Bukan sesuatu yang mudah atau mustahil untuk direalisasikan walaupun berhadapan dengan cabaran teknologi. Ibu bapa harus pandai memberikan segala penerangan yang perlu untuk memahami keperluan dan kehendak semasa kepada anak-anak.

Kita boleh lihat di mana-mana premis makanan, kompleks beli-belah mahupun kawasan riadah.

Rata-ratanya mereka akan sentiasa dengan telefon pintar walaupun ketika keluar bersama keluarga. Kawalan diri perlu ada terutama ketika bersama anak-anak.

Di sinilah cabaran ibu bapa dalam memberikan contoh bagi sikap minat membaca. Seharusnya ibu bapa bijak menyelitkan unsur-unsur minat membaca dengan menggunakan ruang masa yang ada untuk membaca.

Tidak salah rasanya jika ibu bapa membaca ketika waktu lapang di rumah berbanding leka berkomunikasi dengan telefon pintar. Begitu juga ketika keluar membeli-belah bersama keluarga untuk singgah sebentar di kedai-kedai buku.

Pendedahan ini amat penting untuk diteladani anak-anak. Sesungguhnya memupuk sikap minat membaca agak sukar tetapi jika ia dijadikan amalan dalam keluarga maka ia akan berlangsung dengan jayanya.

SHAHRIL ANUAR ABDUL GHALIM

Rembau