Selepas kerajaan Pusat dan kebanyakan negeri bertukar, pejuang dan aktivis alam sekitar ini seolah-olah sudah ‘pupus’ dan tidak lagi mendengar khabar berita daripada mereka.

Namun, masalah seperti import sampah kitar semula dan pencemaran sungai masih berlaku tetapi mengharapkan akhbar dan portal berita membuat pendedahan.

Saya harap pejuang atau aktivis yang sudah mendapat ‘lantikan politik’ tidak menjual maruah diri dan mengabaikan perjuangan menjaga alam sekitar selepas mendapat imbuhan besar.

Kepada siapa lagi rakyat mahu mengharapkan perjuangan murni ini sedangkan ahli politik masih sibuk dengan drama politik tanpa henti.

PENCINTA SUNGAI

Johor Bahru