Selepas lapan bulan memerintah, kebanyakan lantikan masih terdapat dalam kalangan orang parti kerajaan mahupun aktivis prokerajaan.

Di sini jelas janji yang dibuat amatlah populis semata-mata untuk menarik sokongan pengundi menjelang pilihan raya. Ini adalah sekelumit kecil janji yang tidak ditepati oleh PH. Banyak lagi janji seperti menurunkan harga minyak (harga minyak turun selepas mendapat kritikan daripada pembangkang), memansuhkan bayaran tol dan penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Amatlah malang para pengundi yang mengundi berasaskan manifesto PH yang ternyata seperti pepatah, mengalih kain di balik rumah, mengalih kata ke hadapan. Diharapkan semua parti pembangkang khususnya UMNO terus mengasak dengan bermodalkan fakta, bukan auta dan berhemah dalam menuntut kerajaan PH melunaskan janji-janji dalam manifesto mereka.

Sekalian rakyat kini sudah sedar dan celik tentang kelemahan kerajaan PH dari segi mentadbir dan melanggar janji-janji pilihan raya.

PENGUNDI MUDA
Johor Bahru