Telekom Malaysia Berhad (TM) mengucapkan terima kasih kepada pihak pengadu atas maklum balas yang diberikan dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

Untuk makluman, pihak kami telah menerima aduan daripada pengadu berkenaan gangguan perkhidmatan Unifi beliau pada 24 September 2018 dan pasukan teknikal kami telah mengambil langkah segera bagi memulihkan perkhidmatan Unifi beliau.

Bagaimanapun, berikutan keadaan cuaca yang tidak memuaskan baru-baru ini yang menyebabkan kerja-kerja teknikal luar sama ada pada tiang atau kotak agihan (distribution point) tidak dapat dilaksanakan dengan pantas telah mengakibatkan kelewatan dalam menyelesaikan proses baik pulih perkhidmatan.

Namun, pihak TM telah pun memaklumkan kepada pelanggan berkenaan status kerja-kerja baik pulih yang sedang dijalankan dari semasa ke semasa termasuklah apabila perkhidmatan Unifi beliau telah pulih seperti sediakala. Untuk makluman, perkhidmatan Unifi beliau berjaya dipulihkan sepenuhnya pada 28 September 2018.

Kami sekali lagi ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak pengadu. Sekiranya para pelanggan TM mengalami masalah dengan perkhidmatan telefon talian tetap atau perkhidmatan jalur lebar Unifi dan Streamyx, anda dinasihatkan agar menghubungi kami menerusi Live Chat di aplikasi Unifi Care atau laman web unifi.com.my. Pelanggan juga boleh berhubung dengan kami melalui laman sosial media rasmi @helpmeunifi (Twitter), weareunifi (Facebook), menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 100 atau menerusi e-mel [email protected]

JENAMA dan 
KOMUNIKASI KUMPULAN

Telekom Malaysia Berhad