Sudahlah Peguam Negara bukan orang Islam, yang mencadang itu juga bukan Islam atau pun Muslim liberal. Semuanya disebabkan dua wanita lesbian dikenakan hukuman sebat di Terengganu.

Jika orang bukan Islam sudah boleh ‘menentukan’ hala tuju amalan, kepercayaan dan perundangan Islam, adakah orang Islam juga sudah boleh mempersoalkan kepercayaan dan budaya mereka?

Jika perihal bangsa dan agama mereka dipersoal orang Islam sudah tentu akan dilabel sebagai rasis tetapi mereka mempertikaikan perihal Islam dikira sebagai ‘hak asasi’?

Cukuplah ahli politik bukan Islam berani mempersenda amalan dan kepercayaan orang Islam, janganlah ‘aktivis’ juga mahu ‘bermain api’. Kelak terbakar diri sendiri!

SARJAN PENCEN

Segambut, Kuala Lumpur