Pemandu teksi juga nampaknya begitu gembira dengan pelbagai komen negatif terhadap SPAD di samping mengharapkan kerajaan menamatkan operasi syarikat e-hailing pula.

Sebagai pengguna jalan raya yang semakin kerap dihimpit kenderaan berat, kepada siapa saya boleh membuat aduan? Kepada Jabatan Pengangkutan Jalan, polis trafik atau agensi lain? Mungkin terus kepada Menteri Pengangkutan?

Apapun, saya harap kiranya mana-mana penguat kuasa memantau bas, lori dan teksi daripada berleluasa melanggar undang-undang jalan raya seperti merayakan ‘kematian’ SPAD. Natijahnya rakyat terpaksa hadapi khususnya pemandu kereta dan penunggang motosikal.

RIDER KENTAL

Kuala Lumpur