Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Majukan pengangkutan awam

TEROWONG laluan bawah tanah projek MRT Jakarta yang siap dibina. 2
TEROWONG laluan bawah tanah projek MRT Jakarta yang siap dibina. IHSAN PT MRT JAKARTA

BARU-BARU ini seorang pemimpin pembangkang mengemukakan cadangan supaya ditubuhkan sebuah lagi syarikat kereta nasional setelah Proton Holdings Berhad didakwa beliau tersasar jauh daripada matlamat asal penubuhannya.

Bagi saya cadangan itu tidak sepatutnya timbul kerana fokus yang seharusnya diberikan pada masa kini adalah untuk membangunkan dan memajukan sistem pengangkutan awam dalam negara kita.

Dunia kini telah berubah dan banyak negara termasuk jiran, Indonesia memberikan tumpuan untuk membangunkan pengangkutan awam lebih moden dan bukannya memajukan pembinaan kenderaan peribadi seperti kereta.

Fasa pertama projek transit aliran massa (MRT) sejauh 16 kilometer di Jakarta, Indonesia dijangka siap sepenuhnya pada 2019. Negara itu adalah yang pertama memperkenalkan bas rapid transit (BRT) di Asia Tenggara iaitu pada 2004 sedangkan kemudahan sama hanya mula beroperasi di Malaysia pada 2015.

Pembinaan transit aliran ringan (LRT) juga sedang berjalan di Jakarta dan dijangka siap sebelum Sukan Asia 2018 yang dianjurkan negara itu.

Dengan pertambahan bilangan penduduk di setiap negara, pengangkutan awam adalah lebih sesuai bagi memastikan tidak berlaku kesesakan di atas jalan raya.

Bilangan kenderaan peribadi yang terlalu banyak bukan sahaja menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas malah menyebabkan pencemaran udara akibat daripada perlepasan asap kenderaan.

Penggunaan pengangkutan awam juga akan menjadi lebih penting pada masa akan datang berikutan terdapat ramalan bekalan minyak dunia yang menjadi nadi utama kenderaan peribadi semakin menyusut.

Dari aspek ekonomi, pengangkutan awam lebih menjimatkan kerana setiap individu tidak perlu menanggung kos insurans, minyak dan penyelenggaraan.

Dengan kemunculan teknologi baharu pengangkutan awam yang sedang giat dibangunkan di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat (AS) dan China, sudah pasti pengguna akan dapat menikmati perkhidmatan lebih cekap, cepat dan selamat.

Oleh itu, adalah penting untuk semua rakyat menyatakan tidak kepada mana-mana pihak yang mengemukakan cadangan yang bersifat mengundur kerana langkah itu hanya akan merugikan negara pada masa depan.

Saya agak sedih melihat kemudahan pengangkutan awam negara ini terutama di luar Lembah Klang yang jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju dan sedang membangun lain.

Pengangkutan awam moden di Malaysia sepatutnya telah dibangunkan secara agresif seawal tahun 1980-an dan 1990-an lagi ketika kos masih lagi rendah dan bukannya sekarang.

Walaupun sudah agak terlewat, kita tidak harus berputus asa. Lebih baik terlambat daripada mengambil tindakan yang bersifat mengundur dan menyebabkan kita semakin jauh ketinggalan berbanding negara jiran, Indonesia.

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain