Pihak pengurusan universiti sepatutnya mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah anjing liar di kawasan sekitar kerana ia melibatkan keselamatan para pelajarnya yang sering berulang alik dari asrama ke kampus itu untuk menghadiri kuliah dan menelaah pelajaran di perpustakaan setiap hari. Harap perkara ini tidak dianggap remeh dan bendunglah secepat mungkin.

IBU BAPA PRIHATIN

Pasir Mas, Kelantan