Kebun seluas empat hektar milik bapa saya yang diserahkan kepada Felda untuk diuruskan kerana rata-rata peneroka sudah lagi tidak berdaya mengusahakan tanaman mereka kerana faktor usia hanya mengeluarkan dua tan metrik kelapa sawit pada Disember 2017.

Hasil paling tinggi yang diperoleh dari kebun yang diuruskan Felda pada tahun lalu adalah empat tan metrik.

Jumlah itu adalah cukup sedikit berbanding kebun yang diusahakan sendiri oleh peneroka yang boleh mendapat hasil antara tujuh hingga 10 tan metrik semusim.

Saya yakin banyak langkah yang boleh dibuat bagi meningkatkan hasil kelapa sawit termasuk memastikan bilangan buruh yang digajikan bagi menjaga kebun berkenaan mencukupi.

VETERAN TENTERA

Perak