Perdana Menteri didakwa mahu beri kerakyatan kepada warga asing yang berkemahiran seperti amalan di Singapura sementara Menteri Dalam Negeri pula dilaporkan satu portal berita mahu beri taraf warganegara kepada kira-kira 200,000 individu yang sudah lama tinggal di Malaysia.

Terbaharu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula mahu ‘bersihkan’ negara daripada warga asing khususnya yang berniaga secara haram di pasar basah dan pasar borong.

Seolah-olah tidak ada pendirian yang konsisten sesama kementerian dan menteri Kabinet sama ada mahu ‘buang’ atau beri kewarganegaraan kepada warga asing sama ada yang baru ‘mendarat’ di Malaysia atau sudah masuk generasi kedua dan ketiga dilahirkan di negara ini.

Saya pasti rata-rata rakyat Malaysia lebih suka pendirian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang selari dengan program pemutihan Jabatan Imigresen bagi memburu dan menghantar pulang pendatang haram sejak 1 Julai lalu.

Warga kerja Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu memikul amanah memantau pendaftaran ‘warganegara baharu’ dan tidak boleh mengikut telunjuk ahli politik semata-mata atau ungkapan ‘bumi dipijak milik orang’ bakal menjadi kenyataan.

ANAK MALAYSIA

Pulau Pinang