Memandangkan saya tidak pernah menonton drama tersebut, saya terkejut dengan reaksi spontan marah, geram dan menyumpah terhadap watak-watak yang dilakonkan itu.

Kebanyakan lelaki memang gemar berangan atau bercakap tentang ‘tambah kuota’ tetapi secara realistiknya, para isteri tidak perlu risau kecuali si suami digoda wanita lain.

Lelaki yang mampu zahir dan batin mungkin berani mengambil langkah ke depan untuk berpoligami. Namun, lelaki biasa bukan sahaja tidak mahu ‘stres tambahan’ malah tidak sanggup berdepan dengan mentua dan ipar duai baharu. Cukuplah beban emosi dan kewangan untuk seorang isteri. Hanya yang ‘hati kering’ sahaja akan cuba melangkah ke alam poligami, apatah lagi jika semata-mata kerana nafsu.

Saya mewakili majoriti lelaki memberi jaminan, seorang sudah ‘lebih’ daripada cukup walau apa sekalipun diceritakan dalam drama-drama waktu Maghrib itu.

Ini termasuklah kisah isteri yang carikan calon madu pun belum tentu suami setuju. Jika tidak percaya, cubalah.

TERUNA ANAK SATU
Batu Pahat, Johor