Tambahan pula Amcorp Mall kini menjadi pusat tumpuan jual beli produk mainan untuk kanak-kanak dan pengumpul dewasa serta pusat jualan barang antik. Kerosakan lif ini dikhuatiri membahayakan pengunjung khususnya anak kecil.

Baru-baru ini, saya perhatikan ada besi pada tengah pintu lif sedikit terkopak dan jika tidak berhati-hati boleh tersangkut pada pakaian pengunjung.

Terima kasih juga kepada pengurusan Amcorp Mall yang memasang sistem eskalator baharu untuk kemudahan pengunjung. Ini memudahkan pergerakan kami sekiranya berlaku kerosakan lif.

PENGUNJUNG TETAP

Ampang