Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Libatkan rakyat semarak Sukan SEA

SAUDARA PENGARANG, BEBERAPA hari lagi Sukan SEA Ke-29 akan dirasmikan. Keterujaan semakin terasa, apatah lagi dengan bayangan feel good factor yang bakal diraih sekiranya Malaysia mencipta kejayaan cemerlang dengan kejutan memenangi pingat terbanyak.

Andai bayangan itu mampu direalisasikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama pasukan negara, maka hal itu tentu menakutkan pihak pembangkang. Seperti biasa, mereka sentiasa mempunyai perancangan untuk mematikan feel good factor tersebut.

Antara kemungkinan dilakukan adalah mencari kelemahan ketika atau sesudah Sukan SEA Ke-29 diadakan dan perkara itu akan dijadikan bahan politik dengan niat menambah kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Lihat sahaja insiden kekecohan dalam Perhimpunan Nothing to Hide 2.0 (N2H 2.0) di Shah Alam baru-baru ini. Pihak pembangkang segera menuding jari menyalahkan UMNO sedangkan mereka tahu punca kemelut yang melanda. Kerajaan khususnya UMNO harus menggunakan apa sahaja cara untuk menangkis tuduhan mereka.

Berbalik kepada penganjuran Sukan SEA Ke-29, sebagai tindakan awal, saya syorkan agar Khairy membuat kenyataan rasmi dengan penekanan bahawa sokongan rakyat bukan hanya kepada kontinjen Malaysia tetapi demi kesejahteraan dan prestasi Sukan Asia Tenggara.

Perlu ditegaskan bahawa komitmen negara untuk tujuan asas sukan iaitu membina sahsiah dan jati diri anak muda Asia dan juga membina negara Malaysia yang aman dan sejahtera.

Dalam pada itu, penglibatan rakyat dalam menjayakan penganjuran Sukan SEA Ke-29 juga sama penting. Antaranya, membuka peluang kepada orang ramai memberi input dan cadangan bagi melancarkan temasya sukan dwitahunan itu.

Bagi menyemarakkan sokongan rakyat, media massa khususnya Utusan Malaysia disaran mengadakan ruangan khas untuk orang ramai memberi ucapan dan kata-kata semangat kepada semua atlet negara semasa Sukan SEA Ke-29.

Paling penting, kita dapat menyediakan ruang agar rakyat Malaysia dipersiapkan dengan minda positif, waima apa jua pun keputusan akhir nanti kerana feel good factor ini penting dalam percaturan sukan di negara ini.

CIKBAD

Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain