Desakan itu dibuat memandangkan wakil rakyat PKR itu didakwa tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab dan berkhidmat dengan baik kepada pengundi dalam kawasannya.

Berdasarkan maklum balas penduduk, Mohamad Nazaruddin didakwa sudah tidak dapat melakukan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik akibat masalah kesihatannya semakin teruk.

Mohamad Nazaruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri sebelum ini telah menemui Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang hanya meminta beliau meneruskan rawatan sehingga pulih.

Bukannya tidak bersimpati tetapi pengundi dan rakyat tidak mahu wakil rakyat yang sakit teruk dan tidak mampu lagi memenuhi tanggungjawab mereka daripada terus memikirkan jawatan dan habuan lain.

Mereka yang kerap sakit atau sakit teruk berdepan kelemahan fizikal dan minda serta tidak sesuai lagi memegang jawatan. Apa guna duit banyak jika badan sakit?

ABD. RAZAK OSMAN

Sungai Petani, Kedah