Semuanya berpunca kerana kemalangan membabitkan sebuah lori merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 16, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di susur masuk ke Taman Amansiara.

Kesesakan itu bukan kali pertama berlaku, kerana lori sering mengalami kerosakan di laluan berbukit berkenaan sehingga menyebabkan jalan raya dua lorong hanya boleh digunakan satu lorong sahaja.

Oleh itu, saya mencadangkan kenderaan berat dilarang menggunakan laluan itu sebaliknya perlu melalui lebuh raya.

PEMANDU VIVA

Rawang