Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) memohon pengadu untuk menghubungi ABM dengan memberikan maklumat-maklumat berkaitan kejadian tersebut agar kami dapat menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci.

Antara maklumat yang diperlukan adalah bank pengeluar kad kredit, butiran kejadian dan satu salinan penyata kad kredit yang menunjukkan caj tahunan dikenakan.

Di bawah Piagam Perkhidmatan Pelanggan Industri Perbankan Komersial yang telah disemak semula pada 30 Ogos 2017, bank-bank akan berusaha untuk memberikan akses kepada maklumat-maklumat yang berkaitan produk-produk dan perkhidmatan, selain pelanggan akan dilayan oleh kakitangan bank yang cekap dan berpengetahuan.

Dengan ini, sekiranya orang awam telah diberi maklumat yang mengelirukan atau tidak mencukupi mengenai produk-produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan atau ejen mereka, orang awam bolehlah melaporkan perkara tersebut kepada ABM.

Pengadu boleh menghubungi kami secara terus melalui panggilan hotline kami, ABMConnect, 1-300-88-9980, atau menulis kepada kami melalui eABMConnect dengan cara log masuk ke laman web www.abm.org.my.

Kami juga ingin memberi peringatan kepada orang awam agar memahami sepenuhnya terma-terma dan syarat-syarat yang tertera pada perjanjian kad kredit, terutama sekali berkenaan yuran dan caj yang dikenakan, sebelum memohon dan/atau menerima sesuatu kad kredit.

KALPANA 
SAMBASIVAMURTHY

Pengarah Eksekutif ABM