Pada masa sama, tiada siapa boleh nafikan Malaysia tiada pembangkang yang kuat, tegas atau vokal ketika ini.

Mungkin ramai yang tidak percaya UMNO boleh bangkit semula sebagai gergasi politik tetapi saya percaya UMNO masih ada peluang untuk kembali merampas kerajaan Persekutuan jika komited memperjuangkan hak rakyat.

Ada empat strategi yang boleh dilaksanakan oleh UMNO untuk kembali bangkit:

* Tiba masanya UMNO kembali kepada akarnya iaitu sebagai parti memperjuangkan agenda bumiputera, bersifat konservatif dan tegas terhadap isu-isu kontrak sosial.

* Hulurkan tangan kerjasama dengan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.

Binalah pakatan bersama mereka dan rangkalah memorandum persefahaman kerana orang Sabah dan Sarawak juga bumiputera seperti orang Melayu.

Jangan hanya fokus kepada isu-isu nasional tetapi fokuslah juga isu-isu tempatan di Sabah dan Sarawak.

l Mulalah berkempen seawal detik ini. Pergilah rumah ke rumah, kampung ke kampung, kota ke kota, dan negeri ke negeri untuk bercerita soal wawasan dan gagasan yang dibawa oleh UMNO dan sekutunya.

Maka pentingnya menetapkan dasar alternatif, 'Kabinet bayangan' serta manifesto sejak dari sekarang.

UMNO perlu siapkan segera dasar-dasar yang perlu diperjuangkan.

'Menteri bayangan' pula jangan hanya pada kertas tetapi kajilah permasalahan rakyat dan suarakan di Parlimen.

* Kukuhkan sayap Pemuda UMNO. Jangan sia-siakan bakat anak-anak muda dalam UMNO.

Berikan mereka peluang mengutarakan idea dan galakkan mereka dalam aktiviti politik.

Latihan komunikasi dan kepemimpinan harus ditekankan kepada golongan muda dalam parti.

Ingatlah bahawa Pakatan Harapan menang kerana mereka bijak memotivasikan golongan muda untuk bangkit menentang kerajaan terdahulu.

Maka UMNO juga perlu bijak mendapatkan sokongan orang muda.\

Masih banyak isu anak muda yang belum selesai maka inilah peluang UMNO mendapatkan sokongan mereka.

Ubahlah cara berfikir anak muda yang merupakan pewaris dan pelapis kepemimpinan UMNO.

Juga, fokuslah kepada isu dan kehendak majoriti rakyat iaitu agenda bumiputera.

Seterusnya mulalah berkempen sama ada di media sosial mahu pun ke seluruh negara dari sekarang.

Jika semua cadangan ini diusahakan dengan sabar, hasilkan bukan datang mendadak sebalik dapat dilihat dalam PRU-15 nanti.

IKRAM YUSOF

Unirazak