Oleh yang demikian, langkah awal mendedahkan murid tentang tindakan seharusnya mereka lakukan jika berlakunya kebakaran adalah amat amat wajar sekali untuk diajarkan di sekolah.

Musibah kebakaran tidak mengenali mangsa mahu pun tempat. Jadi tentu saja sekolah sebagai tempat belajar tidak akan terlepas daripada risiko kebakaran. Oleh itu, murid perlu dipersiapkan untuk menghadapi musibah seperti kebakaran.

Pihak berwajib seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) haruslah sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memberikan informasi kepada murid bagaimanan cara menyelamatkan diri sendiri dan mengawal api yang merebak.

Kerjasama seperti ini amat memberikan kesan yang amat positif dan impak besar dalam usaha menyedarkan murid tentang langkah yang perlu dilakukan apabila berlakunya kebakaran di sekolah.

Baru-baru ini, sebanyak 30 orang dan empat orang guru Sekolah Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar telah melaksanakan program murid bersama APM.

Pengisian program ini amat positif sekali kerana murid didedahkan dengan cara menyelamatkan diri semasa kebakaran di bangunan bertingkat dan diajarkan cara menggunakan alat pemadam api.

Usaha seperti ini wajar diteruskan di semua sekolah dan pusat-pusat pengajian yang lain.

Hal ini penting sebagai langkah mempersiapkan diri bagi menghadapi situasi yang tidak diingini.

Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

 

MUHAMMAD FARID MOHD. YATIM

Kuala Kangsar, Perak.