Mahu tolong adukan, tiada pula maklumat atau nombor telefon dipasang pada salah satu daripada empat tiang lampu trafik di situ. Ini antara masalah utama kerana pengguna tidak tahu siapa boleh dihubungi jika lampu trafik rosak.

Saya juga berasa pelik negara bakal memasuki tahun 2020 kira-kira 17 bulan sahaja lagi tetapi kerosakan lampu trafik pun masih mengharapkan aduan daripada pengguna seperti mana kenaikan harga barang.

Tiadakah teknologi yang boleh memaklumkan satu lokasi berpusat mengenai sebarang kerosakan pada lampu trafik? Jika di Kuala Lumpur yang ‘serba canggih’ pun hanya ‘duduk dan tunggu aduan’, apatah lagi bagi kawasan luar bandar.

Saya harap makluman ini sampai kepada pihak berwajib sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya mahupun kontraktor swasta.

RIDER KENTAL

Kuala Lumpur