Angka-angka yang menganggur dikeluarkan setiap tahun amat menakutkan.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang suram dan tawaran kerja amat sedikit, anjakan dan penyelesaian ke arah perkara ini perlu dilihat terutama oleh kerajaan.

Ini belum dilihat dari segi hutang-piutang yang dipegang oleh pelajar diploma dan ijazah.

Isu yang hendak diluahkan ini ialah lambakan pelajar lepasan universiti khususnya pelajar Melayu.

Ke mana hala tuju para pelajar ini.

Memang betul, bidang dan hala tuju bukan perlu difikirkan oleh pihak universiti atau pun lerajaan tetapi dengan skop dan silibus yang digarapkan kepada para pelajar perlulah seiring dengan perluang pekerjaan yang ada.

Itukan tanggungjawab kerajaan.

Dari dahulu kita asyik dengar menteri-menteri pergi luar negara unuk kaji skop pelajaran.

Ini diikuti timbalan menteri, pegawai kementerian juga hinggalah sekarang pegawai khas menteri pun berkesempatan pergi keluar negara.

Semuanya atas asalan hendak kaji skop pengajian dan pendidikan.

Tetapi keadaan pendidikan melibatkan lambakan siswazah masih berterusan.

Di sini apa yang saya hendak utarakan ialah cuba lihat kembali apa yang boleh dilihat oleh pihak kerajaan khususnya dan universiti amnya?

Apa yang perlu diterapkan kepada para pelajar bagi memenuhi kehendak pekerjaan khususnya dalam negara ini.

Cuba tengok syarikat-syarikat besar yang dikuasai bukan Melayu, mereka meletakkan syarat tertentu kepada pekerja Melayu jika hendak bekerja dalam syarikat mereka.

Kenapa? Yang ini tidak perlulah diulaskan. Harapan saya, rakyat Malaysia masih perlu dibantu.

RAKYAT MALAYSIA

Lembah Klang