Pada situasi sekarang, para pemandu dari Seksyen 6, 7, 8 dan U11 akan menggunakan Persiaran Kayangan untuk ke destinasi masing-masing.

Keadaan tersebut menyebabkan mereka terpaksa memberi laluan kepada pemandu yang datang dari arah kiri, selari dengan Restoran Pelita, di Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F sekali gus memperlahankan aliran yang sedia sesak.

Aliran trafik ini akan menjadi lebih sesak pada waktu puncak, terutama ketika lampu isyarat 
di persimpangan 
Hotel Concorde
 bertukar merah.

Kami penduduk mencadangkan MBSA mengubah sedikit aliran trafik supaya pemandu hanya boleh memasuki Persiaran Kayangan dari jalan di kawasan letak kereta (di antara pejabat Polis Pelancong dengan Co-oPBank Persatuan).

KAMARUDIN HASSAN

Shah Alam, Selangor