Bayangkan ada ketikanya kita perlu menghadiri mesyuarat di tiga tempat berbeza pada satu masa.

Kita tidak dapat membuat keputusan mesyuarat mana yang harus diutamakan sehingga mengambil langkah menunggu untuk dimaklumkan.

Panggilan pertama diterima, di situ kita akan dahulukan dan ketika mesyuarat sedang berjalan ada panggilan lain masuk, lalu kita terpaksa meminta diri dengan alasan terpaksa menghadiri perjumpaan lain.

Bagi mengelak situasi berkenaan berterusan, sudah sampai masanya pihak organisasi dan syarikat mengurangkan kekerapan untuk mengadakan perbincangan.

Tiada guna mengadakan mesyuarat secara kerap sekiranya segala perancangan yang telah dibuat masih belum dilaksanakan.

Kalau masih mahu mengadakan mesyuarat, perbincangan harus ringkas dan padat. Mana-mana ahli yang tidak mampu memberi input berguna eloklah tidak dijemput untuk hadir.

AZIZI AHMAD

Segambut Luar,

Kuala Lumpur