Apabila ada aktiviti bebas itu di negara ini, maka mungkin akan ada pasangan lelaki kahwin lelaki dan perempuan sesama perempuan. Kalau orang Islam, sudah pasti tidak mendapat kebenaran daripada pejabat agama Islam di negeri masing-masing.

Apa yang menghairankan, mereka yang sering melahirkan perasaan tidak puas hati mengenai perkara itu, tidak pula dapat menunjukkan sebarang fakta tepat berkaitan rasa gundah-gulana dalam diri masing-masing.

Sepatutnya, mereka yang gundah-gulana itu dapat memberi angka tepat tentang jumlah LGBT yang ada khususnya di kawasan kediaman sendiri.

Memang saya sendiri menentang apa jua aktiviti LGBT atau songsang. Namun, untuk menunjukkan aktiviti LGBT ini melanggar hukum alam dan songsang maka orang ramai memerlukan fakta yang jelas dan tepat.

Mulai sekarang ada baiknya mereka yang bimbang mengenai aktiviti LGBT dapat memberi laporan mengenai berapa ramai yang terlibat dengan LGBT di tempat mereka bagi memudahkan pihak berkuasa khususnya jabatan agama negeri menyiasat.

Sudah menjadi tanggungjawab kita semua memberi laporan lengkap tentang penularan LGBT di mana-mana kawasan di negara ini.

Malangnya, apabila diminta kemukakan laporan penuh mengenainya, ramai yang bimbang sekadar berkata “saya pun tidak tahu” atau “saya pun hanya sekadar dengar orang cakap”.

Bersama kita pantau, cegah dan pulihkan pendukung LGBT dalam masyarakat menggunakan pendekatan berilmu dengan fakta sahih, bukan sekadar khabar angin semata-mata.

PEMANTAU AKTIVITI 
SONGSANG

Kedah