Aliran ini bukan sahaja menyesatkan umat Islam dari aspek akidah tetapi memberi ancaman keselamatan kepada orang awam lain.

Maka fikrah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang setelah sekian lama dianuti oleh umat Islam di rantau ini sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

Namun begitu, masih terdapat lagi ruang (loophole) yang boleh menggugat aliran yang damai dan lurus ini. Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengukuhkan aliran ini di Malaysia?

Paling penting sekali ialah memasukkan isitilah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan. Hal sedemikian kerana impaknya sangat besar terhadap perundangan negara.

Di Iran misalnya, disebut secara jelas dalam Perkara 12 Perlembagaan Iran bahawa mahzab rasmi Iran ialah Syiah Ithna-Asyarah –Jaafariyah dalam usuluddin dan fiqh serta prinsip ini akan kekal sampai bila-bila.

Maka Malaysia juga seharusnya melakukan perkara yang sama. Oleh itu tetapkanlah di dalam Perlembagaan negara ini bahawa mahzab rasmi negara ialah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam usuluddin dan fiqh.

Selain itu, segala bahan-bahan rujukan rasmi di negara ini meliputi mufti, buku teks sekolah dan seumpamanya perlulah bersandarkan kepada pemahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Sekiranya dicampur adukkan fahaman daripada tokoh-tokoh kontroversi seperti Ibnu Taimiyyah, Muhammad Abdul Wahab dan seumpamanya, dikhuartiri akan menimbulkan kekeliruan lalu memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Oleh itu, kerajaan perlu tegas terhadap aliran-aliran yang bertentangan dengan aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Tegas bukan sekadar menangkap dan menghukum mereka yang didapati bersalah tetapi mendedahkan kepada masyarakat kebatilan mereka melalui media arus perdana.

Kesimpulannya, firkah Ahlus Sunnah Wal Jamaah perlu diangkat dan dijulang tinggi melalui perundangan dan penguatkuasaan.

Hal ini demi menjaga nama baik Islam yang bersifat lembut, bertoleransi, dan mementingkan keamanan.

IKRAM YUSOF

UNIRAZAK