Kuasa itu bagi menyingkirkan mana-mana pegawai eksekutif tertinggi kerajaan yang didapati melakukan kesalahan terutama jenayah berat seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa serta apa-apa kesalahan yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan memudaratkan negara.

Sistem penyingkiran ini telah wujud dalam Perlembagaan di banyak negara seperti Brazil, Ireland, India, Filipina, Rusia, Korea Selatan serta Amerika Syarikat.

Perlembagaan Persekutuan kita tidak memiliki peruntukan khusus mengenai perkara ini.

Adalah wajar sekiranya satu proses penyingkiran diberi pertimbangan untuk diwujudkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Langkah ini supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap mana–mana pemimpin yang terlibat dengan sebarang salah laku serius.

Dengan adanya proses penyingkiran ini juga, negara kita dapat dilindungi daripada sebarang salah laku.

Ini termasuklah salah laku di peringkat pemimpin tertinggi.

Ia sekali gus meningkatkan tahap kepercayaan rakyat terhadap sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.

DR. MUZAFFAR 
SYAH MALLOW

USIM