Di tempat kerja maupun persekitaran politik, terdapat dua gaya pengurusan utama, gaya menakutkan dan menghormati.

Gaya pengurusan biasa iaitu menakutkan, sebenarnya kurang produktif dibandingkan dengan gaya pengurusan yang berasaskan rasa hormat.

Ramai pemimpin tersilap anggapan bahawasanya dengan menjadikan keadaan menakutkan maka orang akan menghormati mereka. Namun keadaan sebenarnya adalah tidak benar, sekiranya anda mahu dipatuhi, dan dihormati, penting anda memahami perbezaan antara kedua-dua gaya pengurusan.

Kita memerlukan pemimpin yang menghormati kita, bukan yang menakutkan. Menyerapkan rasa gentar atau sedikit ketakutan adalah sesuatu yang dituntut manakala rasa hormat adalah sesuatu yang akan diperolehi.

Anda boleh menuntut pengikut atau pekerja anda untuk mengikuti arahan anda, tetapi anda tidak boleh meminta mereka menghormati anda. Anda boleh memaksa seseorang untuk melakukan tugas, tetapi tidak ada gertakkan atau ugutan yang dapat memaksa seseorang untuk melakukan lebih daripada apa yang diperlukan olehnya. Tidak ada sesiapa pun yang akan kisah atau peduli jika anda cuba menakutkan orang lain.

Masyarakat memerlukan seorang pemimpin yang akan menggalakkan produktiviti dan kecekapan dan keberkesan.

Mengurus dan memimpin berasaskan gaya menakutkan telah lama diperkatakan. Mengawal dan memaksa berasaskan ketakutan telah wujud dalam pasukan tentera dan perhambaan sekian lama.

Gaya pengurusan pimpinan ini, orang ramai dikawal dan diperlakukan dengan cara yang kurang baik. Dengan gaya pengurusan ini, akan ada manipulasi dan kebencian, yang menggalakkan sabotaj. Jenis pengurusan ini menghalang kejayaan dan akan membawa kepada kehilangan sokongan yang tinggi, bersamaan dengan kehilangan pelaburan, modal, sumber dan masa.

Malangnya, hanya sebilangan pemimpin yang berjaya mengikuti gaya pengurusan berdasarkan menghormati orang lain. Pemimpin yang menggunakan pengurusan berdasarkan hormat mempunyai watak, tingkah laku dan sikap yang betul. Para pemimpin ini bersedia untuk mendengar aduan dan cadangan dengan harapan dapat meningkatkan sokongan.

Sebagai pemimpin, anda perlu menjadi contoh untuk msyarakat atau komuniti anda. Ini adalah cara terbaik untuk memecahkan masalah ketakutan dalam kalangan komuniti anda. Menghormati antara satu sama lain merupakan fungsi yang dituntut. Sekiranya anda mahu mendapat penghormatan, anda juga harus menghormati orang lain.

Untuk menunjukkan anda menghormati orang lain, anda harus memperlakukannya, seperti mana yang anda inginkan orang lain berbuat baik kepada anda.

Berikan tugasan yang munasabah, jangan menghina dan memperkecilkan keupayaan orang lain. Anda juga perlu mengelakkan pengurusan mikro dengan memberi kepercayaan bahawa mereka juga mempunyai keupayaan untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang dilakukan dengan betul.

Dengan menunjukkan kepada masyarakat bahawa anda menghormati mereka, mereka akan komited, berdedikasi, bekerja keras, dan lebih setia kepada anda dan kerja mereka. Ini akan memastikan sokongan terhadap anda tidak menjunam dan mengukuhkan hubungan jangka panjang dengan penyokong anda.

AZIZI AHMAD

Pendidik