Sudah tiba masanya Keretapi Tanah Melayu (KTM) segera mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun terhadap penumpang lelaki asing terbabit.

Saya ingin mencadangkan KTM menggunakan perkhidmatan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk ditempatkan di dalam koc wanita bagi urusan pemantauan sebelum tindakan lanjut dilakukan oleh pihak KTM.

Saya amat berharap penempatan anggota Rela juga diperluaskan ke perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel. Langkah ini sebagai persediaan Malaysia dalam memastikan pelancong asing wanita terutama yang datang secara backpackers berasa selesa ketika menggunakan pengangkutan awam di negara ini.

Selain itu, pengurusan KTM juga disaran meletakkan tanda arahan ‘Penggunaan koc untuk wanita sahaja’ dalam versi bahasa Inggeris agar ia mudah difahami kerana bukan semua pendatang asing memahami bahasa Melayu.

MAT MATCHO

Putrajaya