Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KSCIP lonjak konsep wasatiyyah di dunia

Saudara Pengarang, KEMAJMUKAN masyarakat yang berbilang agama dan etnik menjadi lambang keunikan negara ini di pentas dunia. Justeru tidak hairan Malaysia diangkat sebagai sebuah negara yang menganjurkan toleransi dan modenisasi dalam kalangan negara jiran.

Mutakhir ini, banyak laporan berita mengenai keganasan dan ideologi ekstremisme yang semakin menular di kebanyakan negara dunia amat membimbangkan. Jumlah serangan pengganas terus meningkat dari semasa ke semasa.

Serangan di atas Jambatan Westminister berhampiran bangunan Parlimen Britain di London baru-baru ini membuktikan ancaman keganasan boleh menular bukan sahaja di Eropah malah di rantau Asia dan perkara itu tidak boleh diambil mudah oleh negara-negara di rantau ini.

Bagi mengekang isu itu menular ke negara ini, Malaysia mengorak langkah menyatakan komitmen berterusan untuk memperkemaskan inisiatif memerangi keganasan. Malah rundingan juga telah diadakan bersama Menteri bagi Asia dan Pasifik United Kingdom (UK), Alok Sharma untuk mengukuhkan lagi kerjasama menangani keganasan dan ekstremisme.

Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, kerjasama antara Malaysia dan UK itu telah pun sedia terjalin antara pasukan keselamatan kedua-dua negara tentang bagaimana untuk menangani keganasan antarabangsa.

Selain itu, Malaysia turut menyatakan kesediaan berkongsi pengalaman dan mencontohi UK dalam pelaksanaan program deradikalisasi untuk menangani keganasan serta program pemulihan anggota ekstremis.

Melihat kepada senario yang amat membimbangkan ini, rakyat di serata dunia amat mengharapkan agar penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang melibatkan kerjasama antara Intellectual Welfare Centre (IWC), Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Kementerian Pertahanan Malaysia dan Arab Saudi, Rabitah Al Alami Al Islami (Rabitah) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dapat disegerakan bagi mengekang berlakunya kejadian serangan seperti di London terhadap rantau ini.

Penubuhan dilihat KSCIP mampu melonjak nama Malaysia dalam memberi dan meningkatkan kefahaman sebenar Islam kepada masyarakat dunia termasuklah yang bukan Islam. Pada masa sama menjelaskan dasar wasatiyyah yang didokong oleh Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Apa yang pasti, KSCIP ada mekanisme yang telah melalui penelitian untuk dibangunkan bagi membatasi ekstremis agar kematangan dalam ruang demokrasi dan menangkis fahaman kebencian serta ketakutan dapat diwujudkan dalam jiwa masyarakat Malaysia.

Adalah menjadi harapan rakyat agar KSCIP dapat mengetengahkan konsep wasatiyyah yang menganjurkan nilai kesopanan dan kesusilaan kepada setiap ahli masyarakat. Malah, konsep ini sebenarnya membina satu budaya sivik dan matang dalam membincangkan sesuatu permasalahan masyarakat.

Konsep wasatiyyah amat sejajar dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 49 yang antara lain menyebut tentang kepentingan komunikasi dan persaudaraan sesama manusia yang berbilang bangsa dan kepercayaan.

Selain itu, ia turut menjadi wadah tarbiah kepada pemimpin dan rakyat Malaysia supaya menolak pemikiran ekstremis politik dan agama demi kestabilan negara terjamin. Pembasmian ekstremis melalui konsep ini bakal meletakkan negara di bawah fasa stabil dan harmoni, melangkaui perbezaan fahaman kepartian dan agama.

DR. NURKHAMIMI ZAINUDDIN

Timbalan Pengarah, Goal Itqan

Universiti Sains Islam Malaysia

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain