Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kotor dan mahal

SAUDARA PENGARANG,

SAYA bukan penggemar makanan mamak tetapi nampaknya penduduk di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang begitu menggemarinya sehingga restoran mamak bercambah dan begitu maju sedangkan harganya mahal dan tahap kebersihan meragukan.

Kebiasaannya saya dan rakan-rakan cuma minum sambil berborak dan menggunakan kemudahan internet percuma di restoran tersebut.

Jika seketul ayam goreng harganya lebih mahal daripada yang di restoran makanan segera malah air kosong mencecah 50 sen segelas, memang saya tidak akan menghabiskan wang gaji di kedai tersebut sekali pun mampu makan di sana setiap hari.

Lebih malang lagi, hampir semua restoran mamak yang saya dan rakan-rakan kerja pergi selama ini jelas tidak mengutamakan kebersihan.

Baru-baru ini dikhabarkan dua restoran nasi kandar popular di Jalan Pinang di Pulau Pinang telah diarah tutup selama dua minggu selepas didapati menjalankan operasi dalam keadaan kotor dan jijik ketika pemeriksaan pihak berkuasa.

Paling menjijikkan perbuatan meletakkan besen bahan basah atau makanan belum dimasak malah periuk makanan tidak bertutup di atas lantai berhampiran tandas, malahan ada peniaga menjadikan tandas sebagai stor simpanan.

Memikirkan bagaimana air najis tandas boleh terpercik ke dalam bahan makanan yang kita beli untuk diri dan keluarga cukup untuk membuatkan tekak saya loya.

Memang ada juga restoran mamak yang bagus dan bersih tetapi kebiasaannya harga makanannya jauh lebih mahal sehinggakan perolehan mereka sudah boleh diwajibkan mendaftar cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Terpulanglah selera masing-masing tetapi janganlah kita abaikan faktor kebersihan dan harga makanan jika singgah makan di luar, kelak diri sendiri yang merana.

LOYER MUDA

Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain