Peliknya bangsa Melayu berbeza ideologi politik semakin teruk bergaduh selepas lebih 60 tahun kita merdeka tanpa mempedulikan nasib anak cucu Semenanjung Tanah Melayu.

Orang Sabah dan Sarawak pun tidak bergaduh sesama sendiri, kenapa anak Melayu Semenanjung sanggup menjadi tali barut pemusnah agama, bangsa dan negara?

Sebar fitnah macam tabur beras kepada ayam, caci maki umpama makan ruji harian sampaikan benci-membenci sehingga putus silaturahim kerana berbeza parti.

Akhirnya yang untung adalah golongan anti-Islam mahu hapuskan hak Melayu dan mencabar kedaulatan raja-raja Melayu.

Lihatlah ke ‘atas’, ‘bawah’ dan ‘sisi’ kita, adakah kita mahu anak Melayu menerima nasib sama umpama ‘menumpang’ di tanah air sendiri?

Jangan nanti semuanya sudah terlambat, bumi dipijak kini milik orang. Apa guna slogan Melayu tidak hilang di dunia jika Melayu itu hidup merempat tanpa buminya sendiri?

PAK TUA

Nilai, Negeri Sembilan