Kerap kali saya lihat pekerja membersih dan mengemas di sekitar pembahagi jalan tanpa sebarang kon, papan tanda atau kenderaan keselamatan malah terpaksa menyabung nyawa melintas jalan selepas menyiapkan kerja mereka.

Walaupun rata-rata pekerja kontraktor terbabit adalah warga asing, tidak sewajarnya nyawa mereka diambil mudah seolah-olah langsung tiada nilai.

Paling membimbangkan jika pekerja terbabit bertugas di selekoh dengan titik buta tanpa sebarang langkah keselamatan yang boleh mengundang malapetaka jika kenderaan dipandu laju dan tidak sempat mengelak.

Selain risiko kepada nyawa kakitangan kontraktor pembersih, pengguna jalan raya juga berdepan risiko cedera malah mungkin maut jika berlaku kemalangan ketika cuba mengelak daripada melanggar pekerja tersebut.

ABDUL HAKIM ALIAS

Kuala Lumpur