Banyak kaedah boleh digunakan peminjam kreatif sama ada sudah berkerjaya atau masih belajar untuk memastikan mereka mempunyai wang mencukupi bagi membayar balik hutang setiap bulan.

Antaranya dengan sentiasa menabung wang lebihan daripada gaji dan menyimpan duit bonus.

Peminjam PTPTN juga boleh menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi meraih pendapatan tambahan bagi memastikan mereka mempunyai wang mencukupi untuk membayar hutang berkenaan.

Peminjam perlu berdisiplin untuk membayar balik setiap bulan untuk mengelak nama mereka disenaraihitamkan kerana mempunyai bayaran tertunggak.

Sekiranya perkara itu berlaku, pelbagai masalah akan timbul seperti peminjam akan dihalang daripada ke luar negara.