Terdapat rekod membuktikan gambir digunakan sejak dulu sebagai krim menyembuhkan kesan kebakaran pada kulit manakala dalam masyarakat Cina purba tumbuhan berkenaan digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser selain membuang angin dalam badan.

Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu adalah sebagai penawar gigitan ular serta penawar akibat termakan cendawan beracun. Bagi masyarakat Melayu di Sarawak pula gambir sering digunakan untuk menahan sakit, terutama sakit gigi.

ZIKRIL HAKIM S. M. MAHHUDI

Nilai, Negeri Sembilan