Makluman keputusan Kabinet yang baharu oleh kerajaan PH untuk mengkaji semula pemberian KGT tersebut sebenarnya melemahkan lagi semangat penjawat awam.

Ditambah lagi dengan ketiadaan bonus sempena Hari Raya Aidilfitri kepada kumpulan Gred 44 dan ke atas menimbulkan protes secara senyap dalam kalangan penjawat awam.

Persoalan yang timbul, mengapa kerajaan terdahulu boleh mengumumkan pemberian KGT dan apabila kerajaan PH mengambil alih tiba-tiba baru mahu dikaji semula? Adakah kerajaan terdahulu mengumumkan secara membabi buta?

Semestinya ada perkiraan sebelum pengumuman dibuat. Teruk sangatkah ekonomi Malaysia sehingga pengumuman KGT bulan Julai terpaksa dikaji dan mungkin tidak dilaksanakan?

Saya mohon kerajaan yang memerintah kini dapat membuat pertimbangan sewajarnya kepada kami penjawat awam. Kami masih berharap agar KGT bulan Julai dapat dilaksanakan kerana ia pasti menjana ekonomi negara.

PENJAWAT AWAM 
MASIH BERHARAP