Kebanyakan ‘pembuli’ adalah mereka yang berjawatan. ­Kebiasaannya, ­‘pembuli’ bijak bermain emosi dan ­memperdaya kakitangan melakukan tugasan diarahkan pihak atasan kepada mereka. ­‘Pembuli’ selalunya tidak ­sanggup menolak atau ­mengkritik arahan diberi, dan seseorang perlu melakukan untuk mereka demi kepentingan diri.

Ironinya, kakitangan tidak menyedari bahawa mereka telah ditekan melakukan tugasan di luar bidang kuasa. Punca ­memanipulasi atau membuli adalah rumit dan kompleks­ ­walaupun kebiasaannya­ ­berpunca daripada sikap gila kuasa, ingin mengawal pasukan kerja dan kedudukan, selain mahu disanjungi atau ­mempunyai beberapa agenda tersembunyi.

Masalah ‘pembuli’ jika d­ibiarkan boleh ­mewujudkan konflik dalam pasukan kerja, kakitangan berasa kecewa dan akhirnya syarikat akan ­kehilangan pekerja berbakat dan berdedikasi.

Sebagai pekerja, kita ada hak untuk berkata ‘tidak’ jika ­berasakan ada sesuatu tidak kena, hak meluahkan perasaan dan pendapat berbeza, hak mendapat bayaran setimpal, hak untuk menjaga dan melindungi diri daripada diancam secara fizikal, mental dan emosi yang memanipulasi pemikiran anda.

Tidak perlu kurang ajar, dan secara sopan boleh berkata: “Harap maaf. Saya tidak boleh ­membantu kerana saya ­mempunyai k­omitmen dan ­tugasan lain”. Tetapkan hak sempadan anda dan jangan biarkan mereka mengugut anda. Perlu sentiasa dapatkan ­maklumat dari sumber sahih agar tidak terperangkap ­dengan tingkah laku ­manipulatif ­‘pembuli’.

Pada akhirnya, matlamat­ ­sebenar bukanlah untuk ­mengubah si ‘pembuli’ tetapi yang lebih utama adalah untuk mengetahui dan memahami ­hak-hak anda untuk melindungi diri daripada ‘diputarbelitkan’ oleh mereka.

AZIZI AHMAD

Segambut Luar, Kuala Lumpur