TEKANAN hidup berpanjangan di tempat kerja boleh mencetus burnout. - GAMBAR HIASAN

Burnout lebih dirasai apabila pekerja terpaksa menghabiskan banyak masa di tempat kerja dan dibebani dengan pelbagai tugas serta tidak dihargai majikan.

Untuk mengatasi masalah burnout, majikan disaran mengambil pendekatan psikologi. Misalnya, membuka ruang untuk sesi kaunseling atau perbincangan bagi mendengar masalah atau tekanan dihadapi pekerja dan seterusnya menyelesaikan masalah secara win-win situation.

Saya percaya cara sebegini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan stigma kesihatan mental yang dilihat semakin meningkat ketika ini.

AZIZI AHMAD

Segambut Luar, Kuala Lumpur