Untuk makluman, terlalu ramai pemandu dari arah Setapak berada di lorong kanan jalan dan malangnya mereka tidak memberi laluan masuk untuk kenderaan dari arah lebuh raya Duke sehingga berlaku kesesakan teruk. Langsung tiada kesedaran sivik.

Harap pihak polis dan DBKL ambil tindakan sewajarnya.

HISHAM HASHIM
Gombak, Selangor