Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Keseimbangan hormon penting untuk tubuh

Hormon. - IHSAN PERDIM
Hormon. - IHSAN PERDIM

SAUDARA PENGARANG, SEBAGAIMANA Allah menciptakan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, sedemikianlah juga Allah menciptakan rahsia tubuh manusia yang tujuh berlapis-lapis tingkatnya dan tahukah anda bahawa di dalam jasad manusia terdapat tujuh kelenjar yang menghasilkan hormon berbeza untuk menjalankan berbagai fungsi fizikal manusia. Bermula dari yang paling atas hinggalah yang paling bawah.

Tujuh kelenjar itu adalah kelenjar pineal, pituitari, tiroid, timus, pankreas, adrenal dan gonad (testis bagi lelaki dan ovari bagi wanita)

Kelenjar pituitari dipercayai mengeluarkan hormon yang mengawal semua hormon yang perlu dikeluarkan oleh kelenjar di bawahnya. Kelenjar tiroid pula menghasilkan hormon mengawal metabolisme. Kelenjar timus mengawal fungsi sistem pertahanan tubuh dan pankreas pula mengawal keseimbangan gula dalam darah. Kelenjar adrenal mengeluarkan hormon mengawal keseimbangan terhadap tekanan dari dalam atau luar jasad manakala gonad mengawal fungsi reproduksi atau pembiakan spesis manusia.

Antara kesemua kelenjar ini, kelenjar pineal yang paling lewat ditemui fungsinya. Sama ada disebabkan ketidakpastian pengkaji Barat tentang kesahihan fakta atau mereka bimbang jika fakta sebenar disebarkan akan menyebabkan manusia kembali kepada rasa ketuhanan dengan sebenar-benar kembali.

Menurut penemuan mereka, kelenjar pineal adalah tempat duduknya prinsip kejiwaan seseorang. Kadangkala disebut juga sebagai parietal eye. Sesetengah pengkaji sains menyebut kawasan ini sebagai god spot.

Kelenjar ini bertindak balas dengan stimulasi saraf dari kesemua pancaindera seperti pendengaran, penglihatan dan rasa yang dipanggil tindak balas neurologi. Kelenjar ini juga menterjemahkan kesan keseluruhan hormon yang ber­fungsi di dalam tubuh manusia.

Perhatikan kedudukan kelenjar pineal adalah paling atas dalam otak manusia dan fungsi sebenarnya sangat berkait rapat dengan soal-soal ketuhanan. Kelenjar pineal menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil melatonin iaitu sejenis bahan yang terhasil dari neurotrasmiter serotonin atau pasangan bagi neurotransmitter dopamine. Serotonin dan dopamine bersifat saling mengimbangi antara satu sama lain bagi memastikan sesuatu keadaan di dalam tubuh berada dalam tahap yang paling optimal. Tidak terkurang dan tidak juga terlebih.

Melatonin pula sangat bergantung kepada faktor cahaya, tidur, pemakanan dan persekitaran atau gaya hidup seseorang. Bagaimanapun ilmu memahami fungsi sebenar kelenjar pineal tidak begitu ditekankan dalam pengajian ilmu perubatan moden melainkan disentuh sedikit sahaja.

Padahal, kelenjar ini memainkan peranan penting di dalam memahami diri manusia sama ada dari segi pola tingkah laku, sikap, perasaan dan kejiwaan seseorang. Fungsi ini juga sangat penting dalam memahami kejadian penyakit, rawatan dan penemuan kepada rahsia penyembuhan yang sebenar.

DR. FARIDAH HAMZAH

Pertubuhan Doktor-Doktor 
Islam Malaysia Negeri Sembilan

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain