Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kesan buruk beri anak gajet

Saudara Pengarang, TERDAPAT segelintir ibu bapa memberikan gajet kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka merengek ketika memerlukan perhatian. Malah, ibu bapa mengambil kesempatan ini untuk berehat setelah penat bekerja. Masalah lain pula timbul apabila budaya ini diamalkan.

Berdasarkan kajian Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada berkenaan penggunaan teknologi mengikut umur, kanak-kanak berusia dua tahun tidak sepatutnya didedahkan dengan gajet, manakala penggunaan selama sejam sehari sahaja bagi kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan dua jam sehari bagi berusia enam hingga 18 tahun.

Sementara itu, seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar larangan penggunaan gajet ke atas kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun. Pada usia itu, kanak-kanak akan sentiasa mencari cara mengembangkan kemampuan otak untuk mempelajari perkara baharu dan penggunaan gajet dalam tempoh lama akan memberi kesan buruk terhadap perkembangan otak.

Penggunaan gajet tanpa kawalan akan memberi kesan kepada urat saraf kanak-kanak kerana terdedah kepada cahaya berterusan. Saraf yang rosak akan mengakibatkan kesihatan mereka terganggu. Malah terdapat beberapa bukti pendedahan gajet terlalu awal menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti pembelajaran terjejas dan perubahan perlakuan.

Secara nisbahnya, seorang daripada tiga kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan dilihat mempunyai kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembab, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal diri serta cepat mengamuk.

Kanak-kanak ialah masa depan kita, justeru menjadi kewajipan ibu bapa untuk mendidik mereka dengan cara lebih kreatif biarpun tanpa menggunakan gajet dan teknologi.

IZZATULWAFA MOHD. KASIM

Bandar Baru Nilai

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain