Saya amat kesal membaca tohmahan itu kerana pendeposit terbabit telah lupa tujuan utama mereka menabung iaitu untuk mendapatkan ‘pulangan’ di akhirat melalui ibadah haji sebaliknya lebih mengharapkan habuan kewangan yang baik setiap tahun walaupun perkongsian hibah itu bukanlah sesuatu yang diwajibkan ke atas Tabung Haji.

Banyak telah dilakukan Tabung Haji untuk membantu masyarakat Islam setiap tahun termasuk menanggung beban subsidi besar apabila kos haji meningkat. Namun, rakyat Malaysia sendiri tidak menghargai, malah ada yang terus mengecam dengan pelbagai tuduhan.

Mereka termakan fitnah tentang Tabung Haji yang mengaitkan lembaga itu dengan politik walaupun hakikatnya pengagihan hibah setiap tahun adalah berasaskan prestasi tahunan organisasi berkenaan.

NUR AZLYANA
AHMAD FALIQ

Subang Jaya, Selangor