Masalah itu melibatkan isu lif yang kerap rosak dan banyak kes penduduk terperangkap dalam kemudahan itu. Cukup menghairankan masalah berkenaan turut melibatkan beberapa buah lif yang baru dipasang.

Saya tidak tahu apakah masalah yang dihadapi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga menyebabkan mereka hanya boleh berjanji untuk mengatasi perkara itu tetapi kesusahan yang dialami penduduk terus berlarutan tanpa sebarang penyelesaian.

Selain masalah lif, terdapat banyak kelemahan dalam aspek penyelenggaraan dan kerja-kerja pembersihan di PPR Taman Beringin.

PESARA POLIS

Kuala Lumpur