Ini berpunca kerana masih terdapat dalam kalangan penduduk Malaysia yang gemar meneruskan tabiat mencangkung walaupun menggunakan tandas duduk.

Sehubungan itu, saya berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan notis melarang memijak pelapik mangkuk tandas di semua kemudahan itu.

Adakan juga kempen penerangan dan penyebaran risalah mengenai keburukan tabiat itu termasuk akan menyebabkan pelapik mangkuk tandas cepat rosak.

MINAH KARAN

Setapak, Kuala Lumpur