NGO berkenaan tidak perlu melatah kerana ECRL adalah untuk kemudahan rakyat terutama yang menetap di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kenapa NGO terbabit bersungguh-sungguh menentang ECRL sedangkan pada masa sama bersikap sambil lewa dalam memperjuangkan nasib Orang Asli di Kelantan yang terjejas akibat aktiviti pembalakan.

NGO terbabit perlu sedar aktiviti pembalakan tidak memberi apa-apa manfaat kepada Orang Asli malahan pendapatan mereka hasil daripada sumber hutan akan terjejas sedangkan ECRL jelas sekali cukup bermanfaat kepada rakyat.

 

PESARA SENOI PRAAQ

Kuala Lumpur