Namun, sehingga hari ini, panggilan saya langsung tidak berjawab. Walaupun ada ketetapan untuk memilih bahagian/unit berkenaan, namun panggilan saya hanya dikendalikan oleh mesin.

Perkara ini amat mengecewakan dan mencerminkan betapa JPJ Wilayah Persekutuan tidak efisien dan efektif dalam menjalankan tugasan.

Apa gunanya nombor telefon diberikan di laman web jabatan tetapi pengguna tidak boleh berkomunikasi dengan berkesan. Saya mohon perhatian segera oleh pihak JPJ dalam perkara ini.

HANIF MOHSEIN 
MOHD. FAUZI

Penaga, Pulau Pinang