Namun saya cukup kecewa kerana tiada tapisan dibuat terhadap filem itu yang mempunyai banyak adegan yang boleh menyinggung perasaan umat Islam.

Filem itu berlatarbelakangkan masyarakat Islam. Pemandangannya sangat cantik dengan salji, bukit-bukau dan tasik. Artis, Tabu (Tabassum Fatima Hashmi) memegang watak ibu iaitu Begum Hazrat tetapi menghisap candu.

Katrina Kaif memegang watak gadis Islam (anak Begum) bernama Firdaus tetapi terang-terangan memakai rantai salib di lehernya.

Amat ketara sekali semasa bercakap melalui telefon dengan ibunya, dia memberi ucapan assalamualaikum tetapi memakai salib.

Aditya Roy Kapur memegang watak pemuda Islam bernama Noor yang terlalu cintakan Firdaus sehingga sanggup mencacah tatu nama kekasihnya di lengan.

Kemudian, adegan kejayaan Noor kerana telah menjadi pelukis terkenal diraikan dengan membuka botol-botol arak. Sepatutnya, stesen televisyen berbayar itu tidak menayangkan filem sedemikian yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

REEZNOOR

Kuala Lumpur